Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat dititik beratkan oleh Islam. Ia tergambar dalam bentuk ayat pertama al-Quran yang diturunkan. Lebih jelas lagi ialah pemaparan yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulmiddinnya khususnya dalam bab `kitab al-Ilmu’ [ Kitab / Bab ilmu]. Pendidikan bukan sekadar pemindahan maklumat dari seorang guru kepada murid bahkan ia merupakan suatu proses untuk membentuk insan yang cemerlang menurut kacamata atau ajaran Islam. Pendidikan adalah proses budaya untuk meninqkatkan harkat dan martabat manusia. Oleh sedemikian, semua pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama memantapkan lagi proses pendidikan dan memeliharanya untuk generasi akan datang.
 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemajuan teknologi telah menggalakkan orang ramai menggunakan internet sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan.Prihatin dengan situasi ini, Kerajaan Negeri Kelantan bersama dengan Pupuk Nilai Murni Berhad telah melantik Incube Technology (M) Sdn Bhd untuk membangunkan sebuah penyelesaian bagi pendidikan IT di Kelantan dan “VMaktabah Tok Guru” adalah salah satu daripadanya. Usaha ini telah mendapat sokongan padu dari Yayasan Islam Kelantan (YIK),Kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri .
 

VMaktabah Tok Guru adalah sebuah perpustakaan maya yang mengandungi bahan-bahan ilmiah seperti arkib gambar, eBook, eJurnal, eKoleksi Tesis, eKertas Kajian, eMajalah dan eManuskrip.
 

Vmaktabah Tok Guru adalah sebuah projek yang bergantung kepada sumbangan derma. Derma adalah dalam bentuk langganan yang dikumpulkan bagi tujuan pembangunan, royalti dan penyelenggaraan projek ini.

 

Sumbang semua yang anda mampu dan kami berjanji untuk membelanjakan wang anda dengan bijak.

Bagaimana wang anda boleh membantu?

  • Memelihara dan memulihara buku-buku, kitab-kitab dan kertas kerja para ulama di Kelantan.
  • Menolong mencapai matlamat kami dalam medigitasikan semua kitab dan buku agama.
  • Menjadikan VMaktabah satu tempat di mana Agama Islam dapat disebarkan dan disimpan untuk generasi akan datang.
  • Memelihara dan memulihara khazanah Kelantan dengan mendigitasikan semua arkib tentang Kelantan.
  • Menjadikan Kelantan tempat sebaran ilmu Islam.

Pencarian Sukarelawan Untuk

VMaktabah Tok Guru

 

Syarat-syarat yang diperlukan :-

 

  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima
  • Bersedia bekerja lebih masa
  • Solat 5 waktu
  • Tidak merokok
  • Amanah, rajin dan berdisiplin​

 

*Elaun harian disediakan.

 

Kepada yang berminat, sila hantarkan resume anda kepada info@vmaktabah.my. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami ditalian 09-7488442/09-7481010..

Terima Kasih