Pengenalan

Perpustakaan dan muzium merupakan salah satu sumber di mana orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis pengetahuan dan maklumat. Walau bagaimanapun, jarak dan masa merupakan salah satu factor kurangnya sambutan orang ramai terhadap perpustakaan dan muzium.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemajuan teknologi telah menggalakkan orang ramai menggunakan internet sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Prihatin dengan situasi ini, Kerajaan Negeri Kelantan bersama dengan Pupuk Nilai Murni Berhad telah melantik Incube Technology (M) Sdn Bhd untuk membangunkan sebuah penyelesaian bagi pendidikan IT di Kelantan dan “VMaktabah Tok Guru” adalah salah satu daripadanya.

Vmaktabah Tok Guru adalah sebuah perpustakaan maya yang mengandungi bahan-bahan ilmiah seperti arkib gambar, eBook, eJurnal, eKoleksi Tesis, eKertas Kajian, eMajalah dan eManuskrip.

Vmaktabah Tok Guru adalah sebuah projek yang bergantung kepada sumbangan derma. Derma adalah dalam bentuk langganan yang dikumpulkan bagi tujuan pembangunan, royalti dan penyelenggaraan projek ini.

Objektif

  • Menyokong pembelajaran dan pendidikan untuk semua peringkat umur termasuk pelajar, pendidik dan penyelidik.
  • Memberi maklumat yang diperlukan untuk perbincangan di kalangan ulama-ulama Islam.
  • Membina satu rangkaian bahan rujukan Islam dari pelbagai peringkat masyarakat.