Sejarah

Pada Januari 2012, YB Tuan Haji Zulkifli B.Mamat mendengar tentang Incube Technology (M) Sdn Bhd melalui kenalan lain. Beliau menyukai konsep bagaimana Incube Technology mempromosikan keusahawanan dan menjemput mereka membuat pameran di Kelantan Industri dan Perdagangn Expo 2012 (KITE) untuk menggalakkan keusahawanan. Kemudian, pada bulan February 2012, beliau menjemput pasukan dari Incube Technology untuk membincangkan tentang bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan NGO di Kelantan untuk menggalakkan keusahawanan dikalangan rakyat Kelantan. Semasa perbincangan, YB Zulkifli berkongsi wawasan dan impian beliau untuk rakyat Kelantan, terutama dalam bidang kreativiti dan keusahawanan.

Kemudian, pasukan dari Incube Technology berkongsi idea dengan beliau tentang projek ICT yang berkaitan dengan pendidikan. YB Zulkifli sangat teruja apabila beliau membaca cadangan untuk projek itu. Beliau merasakan bahawa rakyat Kelantan akan mendapat manfaat daripada projek ini dan juga merasakan bahawa projek ini harus dilancarkan dari Kelantan kerana Kelantan sudah mempunyai asas yang kukuh dalam pendidikan Islam. Beliau kemudian membawa pasukan dari Incube Technlogy untuk bertemu dengan YB Tuan Haji Mohd Amar B. Nik Abdullah untuk membincangkan cadangan tersebut secara terperinci. Ia bukan satu usaha yang mudah kerana YB Zulkifli terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan ahli-ahli EXCO di Negeri Kelantan tentang bagaimana Kelantan boleh mendapat manfaat daripada projek ini.

Selepas melalui banyak perbincangan, kemudian Incube Technology (M) Sdn Bhd telah dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk bekerjasama dengan NGO tempatan mereka, Pupuk Nilai Murni Berhad (PNMB) untuk membangunkan projek ini yang dikenali sebagai "VMaktabah Tok Guru". YB Zulkifli mendedikasikan projek ini kepada Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena sumbangan dan pengorbanan sepanjang hayat beliau kepada negeri Kelantan. Harapan beliau adalah untuk melihat projek ini berterusan walaupun selepas ketiadaan Tok Guru dengan mengekalkan projek ini menggunakan derma dalam bentuk langganan.

Penasihat kepada VMaktabah Tok Guru kemudiannya dilantik. Temubual dengan pelbagai ulama dan ustaz telah dijalankan untuk membincangkan tentang bagaimana projek ini boleh dipertingkatkan lagi dan diselaraskan. Seterusnya, proses pengumpulan buku-buku Islam, kitab-kitab dan pelbagai jenis penerbitan tempatan telah bermula. Kerja-kerja ini adalah sukar tetapi memuaskan kerana kami menerima banyak galakan dan sokongan dari pelbagai ustaz dan ulama yang yakin dengan projek ini.

Kami benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman dan Ustaz Abdullah Al-Qari Haji Salleh untuk semua nasihat, cadangan dan arahan mereka. Mereka telah pun menyumbang buku-buku mereka supaya kita semua boleh berkongsi dalam kebijaksanaan dan pengetahuan mereka dengan seluruh dunia. Kami berharap untuk melihat lebih banyak kerja-kerja dari ulama-ulama dari Kelantan dalam masa terdekat. Usaha seterusnya dari kami untuk projek ini adalah untuk menukar sebanyak mungkin buku dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris supaya semua pihak sehingga masyarakat Islam di China satu hari nanti boleh membaca dan mendapat manfaat daripada pengetahuan yang diperolehi daripada buku-buku ini.